Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Dibuka Untuk Semua

Bakul Prihatin Negara merupakan satu usaha Kerajaan dengan memperuntukkan sebanyak RM5 juta.

Bakul Prihatin Negara merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dan meringankan beban masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

Baca Juga:

Bantuan Bakul Prihatin

Berikut adalah antara barang-barang keperluan asas:

    • Beras (5 Kg).
    • Gula (1 Kg).
    • Tepung (2 Kg).
    • Bihun (400 Gm).
    • Kicap (650 Ml).
    • Sardin (230 Gm).
    • Biskut.
    • Kopi.

Syarat Kelayakan

Permohonan boleh dibuat kepada semua rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Kaedah Permohonan

Berikut adalah kaedah-kaedah untuk memohon:

Kaedah 1: Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.

Kaedah 2: Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.

Kaedah 3: Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM).

Kaedah 4: Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Muat Turun Borang

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JKM atau hubungi di talian 03 – 8000 8000.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress