Bantuan BKC RM100-RM500 Dah Masuk Secara Berperingkat!

Bantuan yang telah ditunggu sekian lama, BKC (Bantuan Khas Covid-19) telahpun mula dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula hari ini.

Bantuan Khas Covid 19 (BKC 2021)

Seperti orang ramai yang sedia maklum, BKC atau dikenali sebagai Bantuan Khas Covid 19 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia khas untuk golongan miskin tegar, B40 & M40 yang layak.

Bantuan ini adalah bantuan one-off yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bila BKC Masuk?

Tarikh rasmi yang telah dikeluarkan adalah pada 6 September 2021 (Isnin). Tetapi kemungkinan besar akan masuk bermula minggu ini SECARA BERPERINGKAT.

Bukti Pembayaran BKC

Untuk kepastian, sila rujuk gambar-gambar resit di bawah. Gambar-gambar berikut adalah resit daripada bank bagi mereka yang telah menerima bantuan ini.

bkc dah masuk atm (1)

ambank dah masuk bkc (1) (1)

Baca Juga : Semakan Status & Jumlah Bayaran untuk BPR Fasa 3 (September 2021)

Cara Semakan BKC

Untuk semakan pembayaran, sila klik pada pautan berikut:

https://bkc.hasil.gov.my/

Pautan hanya boleh disemak pada 6 September ini. Harap maklum.

Nilai Bantuan BKC

Untuk bantuan BKC ini, bagi pembayaran bulan Ogos, nilai bantuannya adalah seperti berikut :

    • Miskin Tegar – RM500 (Isi Rumah), RM200 (Bujang)
    • B40 – RM500 (Isi Rumah), RM200 (Bujang)
    • M40 – RM250 (Isi Rumah), RM100 (Bujang)

Maklumat Lanjut

Bagi sesiapa yang ingin keluarkan duit, sila semak dulu di bank akaun anda secara online! Kalau takde akaun bank BSN lagi, sila daftar MyBSN Login sekarang. Ianya memudahkan anda membuat urusan tanpa perlu perig ke atm atau ke bank.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress