Apa itu BKC ?
BKC ialah singkatan bagi Bantuan Khas Covid-19 yakni sebuah inisiatif terbaru yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat COVID-19 yang akan mula diagihkan pada bulan Ogos ini.
Senarai Bantuan Yang Diterima & Tarikh Pembayaran
Setakat ini,belum lagi diumumkan bilakah tarikh pemberian BKC akan dibuat akan tetapi ia dijangka dibayar pada minggu terakhir bulan Ogos 2021.
Nantikan info dari kami.
Berikut ialah kategori penerima Bantuan tersebut ;
Penerima Miskin Tegar
-
- Isi Rumah: RM1,300
- Warga Emas Sebatang Kara: RM500
- Bujang: RM500
Penerima B40
-
- Isi Rumah: RM800
- Warga Emas Sebatang Kara: RM200
- Bujang: RM200
Penerima M40
-
- Isi Rumah: RM250
- Warga Emas Sebatang Kara: RM100
- Bujang: RM100
Jadual Pembayaran BKC:
Bagaimana Kaedah Pembayaran ?
Penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Apakah Cara Membuat Permohonan ?
Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada
Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021
M40: Percukaian (LHDNM)
Untuk Maklumat Lanjut terperinci berkaitan BKC, sila boleh rujuk DI SINI.