Bantuan i-Fitri merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang bernilai RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bantuan i-Fitri bernilai RM400 disalurkan kepada keluarga miskin manakala RM250 akan disalurkan kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
Sila layari laman web ONVIRAL untuk berita-berita semasa dan permohonan bantuan terkini.
Bantuan i-Fitri 2022
Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas di kalangan B40 dan sebahagian M40 yang akan memanfaatkan sejumlah 115,000 penerima.
Bantuan ini diwujudkan dengan harapan dapat menyokong situasi kewangan rakyat yang terjejas ketika meraikan aidilfitri setelah dua tahun menyambutnya dengan keadaan keterbatasan.
Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 15 November 2022.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang ditetapkan adalah seperti di bawah:
-
- RM400 kepada penerima B40 yang layak
- RM250 kepada penerima M40 yang layak
Langkah Permohonan
Langkah permohonan bantuan i-Fitri ini belum lagi diumumkan dan pemberitahuan akan dimaklumkan sedikit masa lagi.
Bantuan Lain Yang Diumumkan
-
- Bantuan ‘one-off’ bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
- Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 seorang.
- Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara
- Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 ini mengenai Belanjawan Terengganu Tahun 2022 yang bermula 15 hingga 18 November di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022 dengan menekan pautan untuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini. KLIK DI SINI
Baca Juga : Pengeluaran KWSP Setelah Persaraan Mungkin Dinaikkan ke had umur 70 tahun. Pendapat anda?