Untuk makluman anda semua, bermula pada tahun 2021, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan menurut Belanjawan 2021 yang telah diluluskan.
Hal ini telah diumumkan oleh YB DS Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sebuah hantaran terkini beliau di Facebook:
Jumlah kadar bayaran bantuan adalah seperti berikut:
1. Jumlah Kadar Bayaran Bantuan Lama
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100.
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
2. Jumlah Kadar Bayaran Bantuan Baru
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.
- Maksimum RM1,000 sekeluarga sebulan (jika layak).
Baca Juga: Bantuan Warga Emas : Cara Untuk Mohon Bantuan Dari JKM
Kriteria Kelayakan
Syarat khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Cara Permohonan
Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.
Di sini kami kongsikan borang permohonan yang anda boleh mohon seperti dibawah:
Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Online
- Pertama sekali,pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian.
- Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan makluman lain yang berkaitan.
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Sokongan
Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dilengkapkan:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual
- Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
Borang Permohonan (Muat Turun)
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Muat turun di SINI)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Muat turun di SINI)
Maklumat Lanjut
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
How can I get this
Permohonan UTK cucu