Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Kini Dibuka! – Borang Permohonan

Pada tahun ini, kerajaan akan meneruskan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) seperti yang ditetapkan. Mereka yang layak sila mohon dan semak kelayakan melalui maklumat di bawah.

Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak yang tidak terbela di Malaysia.

Baca Juga : STR Fasa 4 : Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023 merupakan bantuan khas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu keluarga, penjaga dan anak-anak terus hidup dan mendapat penjagaan yang sempurna.

Menteri mengumumkan jumlah bantuan akan dinaikkan kepada RM1,000 daripada RM450 sebelum ini.

Kadar Bayaran BKK

    • RM200 sebulan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah;
    • RM150 sebualan untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun; dan
    • Jumlah maksimum bantuan bagi setiap keluarga sebulan ialah RM1000

Syarat Kelayakan BKK

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK):

    • Warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia.
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) isi rumah semasa atau purata PGK orang miskin per kapita semasa.
    • Kanak-kanak di bawah 18 (18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika menghadiri sekolah menengah sahaja).
    • Sebarang kes yang perlu akan dipertimbangkan dengan kelulusan Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak

Cara memohon bantuan anak adalah seperti berikut:

Pergi ke pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang berkaitan:

Dokumen sokongan:

    • Kad ID Pemohon
    • Salinan ID suami/isteri/ibu/bapa/anak bersekedudukan
    • Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang bersekedudukan
    • Salinan penyata gaji (jika ada)
    • dan dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan isu semasa memohon nafkah anak, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi JKM di sini.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress