Mohon Bantuan Untuk Kanak-Kanak Jagaan Anda Sebanyak RM,1000

Bantuan Kanak-kanak 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukkan sejumlah dana bagi meringankan beban yang ditanggung untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Ini adalah bertujuan demi menaik taraf kualiti kehidupan kanak-kanak di Malaysia supaya dapat menjalankan kehidupan dengan nutrisi dan pembelajaran yang sempurna.

Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan ini telah dinaikkan.

Lihat berapakah kadar yang dinaikkan itu.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Bantuan dalam kategori ini diberikan sebanyak RM450 akan tetapi telah dinaikan kepada RM1000.

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?

Untuk mohon skim bantuan ini, anda perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara & menetap di Malaysia.
  2. Pendapatan (gaji) isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  3. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. Untuk umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah menengah).
  4. Kes-kes keperluan yang boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Apakah Cara Untuk Membuat Permohonan?

  1. Pergi ke laman rasmi JKM : eBantuan JKM
  2. Tekan butang “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Isi 2 Borang iaitu Borang A & Borang B dengan lengkap dan tepat.
  4. Tekan burang “Keputusan”.

* Jika laman tersebut tidak boleh dibuka atas masalah teknikal, sila cuba lain kali.

Setelah selesai permohonan atas talian, sila pergi ke pejabat JKM berdekatan untuk tujuan verifikasi.

Sila bawa sekali dokumen-dokumen wajib seperti berikut :

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan ahli keluarga/ tanggungan yang tinggal bersama
    • Salinan kad OKU (jika ada)
    • Salinan penyata pendapatan/ slip gaji
    • Salinan surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Bil Utiliti seperti air, elektrik, telefon, astro (salah satu)
    • Laporan pegawai perubatan dari klinik kerajaan/ hospital bagi kes OKU yang tidak bekerja/ kronik/ terlantar sakit.
    • Bawa sekali dokumen sokongan yang diperlukan.

Untuk borang permohonan, sila download dan print. Bawa sekali ke pejabat JKM.

Borang Permohonan JKM (Download)

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian hotline berikut :

03-8000 8000

Atau sila pergi ke pejabat JKM daerah/ negeri yang berdekatan dengan kawasan anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress