Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Dibayar Hari Ini!

Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Dibayar Hari Ini!

Selepas bantuan BKC, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Kehilangan Pendapatan. Bantuan ini merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pendapatan.

semakanbkp

Cara Membuat Permohonan

Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan akan dibuka untuk bantuan ini kerana data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan ini.

Namun begitu, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web BKP di https://bkp.hasil.gov.my/

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan akan mula disalurkan pada 26 Oktober 2021.

Semakan Bantuan RM500

Semakan status kelayakan BKP ini boleh dibuat pada 26 Oktober 2021, sila ikuti langkah semakan di bawah:

    1. Layari https://bkp.hasil.gov.my *
    2. Masukkan MyKad anda.
    3. Masukkan Kod Kaptcha yang betul.
    4. Paparan semakan status akan dipaparkan sama ada berjaya atay pun tidak layak.

bantuankehilanganpendapatan

*Portal rasmi tersebut akan dibuka pada tarikh 26 Oktober.

Jika anda tidak layak, klik (i) untuk ketahui lebih lanjut kenapa anda status anda tidak layak.

Alasan Bukan Penerima BKP

Antara alasan kenapa anda tidak layak untuk dapat BKP ini adalah kerana di dalam data BPR 2021 tiada maklumat permohonan anda, dan anda bukan penerima BPR.

Untuk lihat alasan lain, sila rujuk di sini.

Info BKP.Hasil.Gov.My

Semoga berjaya dalam bantuan ini. Kerajaan berharap agar bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan oleh Rakyat Malaysia dalam mengharungi ekonomi dan cabaran hidup kini.

Mengapa Saya Tidak Layak Bantuan Kehilangan Pendapatan ini?

Tiada maklumat peribadi anda dalam BPR 2021, anda masih bekerja atau menetap di luar negara.

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP – RM500 One-off” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

bayaranbkp

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress