Langkah Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Untuk Bujang RM350

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Untuk Bujang RM350

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan berupa tunai yang lebih memfokuskan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui maklumat yang diperlukan bagi membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini.

Anda juga boleh layari Laman Web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan serta maklumat tentang isu-isu penting terkini.

Baca Juga: Pengumuman Kerajaan Untuk Bantuan RM200 Sebulan Bermula November 2021

Bantuan keluarga malaysia 2022

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Di bawah adalah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diberikan kepada golongan Bujang.

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM350

Kriteria Kelayakan Untuk Penerima Bujang

Sila rujuk syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang seperti di bawah:

    • Bujang / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda tidak mempunyai anak tetapi menepati syarat
    • Had umur adalah 21 – 59 tahun
    • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Sehingga hari ini, tarikh terperinci pembayaran BKM 2022 belum lagi diumumkan. Tarikh pembayaran bantuan akan kami semak dan hebahkan daripada semasa ke semasa. Jadi sila rujuk laman web Onviral untuk pemgumuman terkini.

Kaedah Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Untuk makluman semua, Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Tetapi, adalah diingatkan bahawa permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada di dalam LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk melakukan semakan, sila tekan pautan KLIK DISINI

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian Data BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. Sila ambil maklum tarikh tersebut supaya anda yang layak tidak terlepas dari menerima bantuan. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Bantuan keluarga malaysia 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan di bawah. Pembentangan bajet 2022 baru sahaja selesai jadi masih belum ada saluran yang tetap untuk anda hubungi.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress