Terkini: Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021

Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021

Dengan krisis pandemik COVID-19 yang masih berlarutan berlarutan sehingga ke hari ini, sudah pasti ramai yang terkesan.

Dalam menangani krisis ekonomi ini, kerajaan telah menyuntik dana perbelanjaan negara untuk merangsang ekonomi serta menyediakan bantuan menyeluruh semua golongan miskin tegar, B40 dan M40.

Baca Juga: Bantuan Miskin Tegar : Terima Bantuan Tunai RM500 – RM1,300

OnViral akan memberikan anda semua info berkaitan senarai bantuan kerajaan yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi tahun 2021.

Mungkin ada beberapa maklumat yang tidak lengkap kerana senarai bantuan kerajaan ini masih lagi dalam proses kemaskini.

Jika anda mempunyai maklumat-maklumat berkaitan bantuan terbaru seperti dari kerajaan negeri, sila maklumkan kepada kami.

Bantuan Kerajaan 2021 Terkini

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang rakyat Malaysia akan terima pada bulan Ogos ini:

a. Bantuan Khas COVID-19

bantuan kerajaan

Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2021. Kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan data-data dalam sistem Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Berapakah jumlah bantuan yang bakal diterima? Sila rujuk kategori di bawah:

    • Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
    • B40 (Isi Rumah) = RM500
    • M40 (Isi Rumah) = RM250
    • Miskin Tegar (Bujang) = RM200
    • B40 (Bujang) = RM200
    • M40 (Bujang) = RM100

Untuk mengetahui info lanjut mengenai Bantuan Khas COVID-19, sila rujuk PEMULIH: Bantuan Khas COVID-19 Sehingga RM1,300.

b. Pengeluaran i-Citra KWSP

bantuan kerajaan

Susulan pandemik COVID-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini, pihak kerajaan telah mengumumkan satu pakej bantuan baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Antaranya adalah pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra.

i-Citra adalah  inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021.

Ahli KWSP yang membuat permohonan pada bulan Julai 2021 akan terima Rm1,000 untuk bulan pertama.

Info penuh: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP

c. Program Prihatin Kasih

bantuan kerajaan

Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Kadar Bantuan:

    • Bakal terima sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan.
    • Bantuan ini khas digunakan untuk membeli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya dengan hanya menggunakan MyKad.

Info penuh: Program PRIHATIN Kasih : RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

d. Bakul Prihatin Negara

Pihak kerajaan terus mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan dengan melaksanakan inisiatif terbaharu. Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama startegik yang berkonsepkan ‘Whole Of Society’ ysng melibatkan pihak kerajaan dan syarikat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penerima bakal menerima 8 jenis barangan keperluan asas iaitu:

    1. Beras
    2. Gula
    3. Tepung
    4. Bihun
    5. Kicap
    6. Sardin
    7. Biskut
    8. Kopi

Info penuh: Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan Bagi Setiap Negeri

e. Bantuan Warga Emas

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.

Kadar Bantuan:

    • Terima Rm500 sebulan.
    • Bantuan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
    • Bantuan ini adalah melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemohon perlu isi borang dan hantar ke pejabat JKM yang berdekatan.

Info penuh: Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

f. Bantuan Kanak-Kanak 2021

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Kadar Bantuan:

    • Maksimum RM1,000 sebulan seisi rumah.

Syarat Kelayakan:

    • Keluarga berpendapatan tidak lebih daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Info penuh: Bantuan Kanak-Kanak Maksimum RM1,000 Sebulan

g. Moratorium Automatik PEMULIH

    • Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam untuk semua golongan termasuk B40, M40, T20 dan Usahawan Mikro.

h. Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)

Kerajaan turut memahami kesukaran yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan kepada mereka yang layak.

Kadar Bantuan:

    • Jumlah bantuan sebanyak RM1,000.
    • Tarikh permohonan adalah 15 Julai hingga 31 Julai 2021.
    • Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500).

Maklumat Tambahan

Ada banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan semula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.

Sila kongsikan artikel dan info bantuan kerajaan ini di aplikasi Facebook, Whatsapps, rakan taulan,dan keluarga anda untuk manfaat semua.

Sumber

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress