Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terkini – 2022

Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terkini – 2022

11 Skim Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (JKM)

Buat anda yang ingin memohon Bantuan Kebajikan Kewangan Malaysia bagi tahun 2022 boleh lakukan disini.

Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan jabatan badan kerajaan yang berperanan untuk menjaga kebajikan golongan sasar.

Baca Juga: Jom Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Untuk Ibu Bapa Anda

Tujuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mewujudkan bantuan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya bagi golongan warga emas, OKU, pesakit kronik dan lain-lain dengan:

    • Memenuhi sokongan sosial
    • Menyediakan bantuan kewangan sementara
    • Memberi sokongan asas penerima bantuan
    • Membekalkan alat pemulihan

Syarat Mohon Bantuan JKM

Pemohon perlu memenuhi kreteria yang diperuntukkan oleh pihak JKM sebelum disahkan layak menerima bantuan tersebut.

Kelayakan akan disemak oleh Pegawai JKM sebelum disahkan sebagai penerima bantuan.

Antara bantuan yang disediakan oleh JKM adalah seperti berikut:

    1. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan -BAT
    2. Bantuan Am Persekutuan -BA
    3. Bantuan Anak Pelihara -BAP
    4. Bantuan Geran Pelancaran -GP
    5. Bantuan Kanak-Kanak -BKK
    6. Bantuan Latihan Perantis -BLP
    7. Bantuan Orang Tua -BOT
    8. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja -BTB
    9. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar -BPT
    10. Elaun Pekerja Cacat -EPC
    11. Tabung Bantuan Segera -TBS

Cara Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan yang tertera di sini.

Walau bangaimanapun, pemohon disarankan untuk terus hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah berdekatan anda.

Antara dokumen yang perlu dibawa bersama adalah:

    • 1 salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • 1 salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • 1 salinan penyata gaji (jika ada), dan
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan (jika ada)

Muat Turun Borang Bantuan

    1. JKM 18 (BORANG PERMOHONAN BANTUAN)
    2. JKM 20 (BORANG KAJI SEMULA)

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, boleh merujuk pada portal rasmi JKM, DISINI.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress