Bantuan Kewangan Mudah Yang Disediakan Untuk Rakyat Tetapi Masih Ramai Yang Tidak Memohon.

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah mewujudkan banyak bantuan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kepayahan hidup akibat kesan daripada wabak pandemik Covid19. Terjejasnya kelancaran hidup menyebabkan kesukaran rakyat untuk menikmati hidup serba mencukupi diselangi dengan masalah kehilangan punca pendapatan serta usaha untuk mencari pekerjaan lain bagi membantu keperluan keluarga.

Di bawah merupakan beberapa permohonan bantuan yang ketika ini masih lagi berjalan dan masih boleh disemak sekiranya masih belum menerimanya. Mungkin ada diantara anda yang belum lagi memohon, samada tidak tahu tentang bantuan ini atau tidak tahu cara memohon. Jadi sila rujuk informasi bantuan-bantuan di bawah untuk anda mohon sekiranya anda layak atau sekiranya anda sudahpun memohon, sila buat semakan lanjut tentang status anda.

1. Pembayaran Akhir i-Citra RM 1,000 Bermula 1 Disember 2021. Semak Segera!

Tarikh Bayaran i-Citra Disember

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat pengumuan rasmi berkenaan tarikh pembayaran akhir i-Citra.

Akan tetapi, jangkaan pembayaran adalah sama seperti bulan-bulan lepas iaitu pada awal bulan bersamaan dengan:

    • 1 Disember 2021 (Tarikh akan dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan)
    • Tempoh pembayaran selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank

Setiap pembayaran i-Citra akan dilaksanakan secara berperingkat jadi ada kemungkinan pembayaran i-Citra anda akan lewat beberapa hari.

Langkah Melakukan Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra

Anda boleh melakukan semakan pembayaran i-Citra untuk setiap bulan melalui i-Akaun.

Seperti biasa, berikut ialah panduan untuk membuat semakan tarikh pembayaran

    1. Sila buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau layari laman web i-Akaun KWSP
    2. Sila daftar masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang sudah di daftar
    3. Sila tekan dan semak bahagian ‘Pengeluaran / Withdrawal’
    4. Kemudian sila tekan pada bahagian ‘Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History’
    5. Selepas itu, tekan pada paparan ‘i-Citra’
    6. sesudah itu, tarikh pembayaran untuk Disember akan terpapar
BAJET 100%
PERMOHONAN LULUS 45%

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat penuh

2. Bantuan RM1,000 Untuk Rider, Ibu Tunggal, Pencari Kerja & Individu Terjejas

Program KerjayaGig merupakan kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Kadar Bantuan & Insentif Yang Diterima

Insentif RM600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri / gig sehingga 6 bulan.

Insentif RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

Cara Membuat Permohonan

Tarikh Permohonan

Permohnan insentif ini telah dibuka sejak 15 Julai 2021 secara dalam talian.

BAJET 100%
PERMOHONAN LULUS 37%

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat penuh

3. Program Baik Pulih & Bina Rumah Baru B40

Kategori Program Sayangi Rumahku

Program Sayangi Rumahku mempunyai dua kategori iaitu baik pulih rumah dan bina rumah baru.

Bantuan baik pulih rumah akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi dalam membaiki rumah mereka.

Skop bantuan baik pulih rumah ini hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

Bantuan bina rumah baru akan diberikan kepada yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan mereka yang mempunyai masalah dari aspek ekonomi.

Bantuan bina rumah baru terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:

    • Bina Baru 1 Bilik
    • Bina Baru 2 Bilik
    • Bina Baru 3 Bilik
BAJET 100%
PERMOHONAN LULUS 33%

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat penuh

4. Beli Rumah Sendiri 2021 Dengan Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji

SJKP 2021

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhan SJKP Berhad adalah untuk mengatasi masalah kesusahan hidup yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap contohnya para petani, nelayan dan para peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman.

Skim ini terbuka kepada kesemua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP adalah sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Langkah Permohonan

Sila rujuk langkah-langkah proses pemohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP seperti di bawah:

    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
    2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
BAJET 100%
PERMOHONAN LULUS 41%

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat penuh

5. Cara Mohon Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

KISS Selangor

Program ini merupakan bantuan kebajikan yang diberikan khusus kepada kaum ibu di Selangor bagi mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperlua asas.

Melalui program ini, mereka boleh membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless dengan menggunakan kad KISS Selangor.

Syarat Kelayakan

Syarat Utama

    1. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.
    2. Tersenarai dalam golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

Syarat Lain

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
    3. Pemilih berdaftar di Selangor.
    4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi.
    5. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan.

Cara Membuat Permohonan

Secara Online

    1. Buka laman web www.kiss.com.my
    2. Klik Permohonan Online (Ibu Tunggal)

BAJET 100%
PERMOHONAN LULUS 28%

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat penuh

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress