Bantuan Kewangan RM500 Sebulan | Warga Emas Di Malaysia 2022

Ini mungkin satu berita gembira buat semua rakyat Malaysia dimana Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Warga Emas merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bagi membantu golongan warga emas yang memerlukan. Bantuan Warga Emas juga dikenali sebagai BWE atau BOT (Bantuan Orang Tua). Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Permohonan Bantuan Warga Emas 2022

Matlamat pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu komuniti di Malaysia terutamanya Warga Emas supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan seharian. Ini  juga sekaligus dapat mengurangkan beban tanggungan kehidupan.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) diberikan sebanyak RM500 sebulan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Sila rujuk kriteria kelayakan di bawah untuk bantuan BWE :

    • Warganegara yang menetap di Malaysia
    • Warge emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja
    • Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
    • Tidak tinggal di Institut kendalian JKM atau pusat jagaan harian
    • ATAU mana-mana kes yang memerlukan pertimbangan serta kelulusan daripada KPKM

Langkah Untuk Memohon BWE

Anda perlu permohonan BWE di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

1. Anda perlu memuat turun & mengisi Borang JKM di pautan di bawah :

2. Sila bawa dokumen sokongan serta salinan kad pengenalanan pemohon, suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.

3. Sila bawa bersama salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (kalau ada) serta dokumen-dokumen berkaitan.

4. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di kawasan berdekatan anda.

Klik pautan untuk alamat pejabat JKM Negeri : KLIK DISINI
Klik pautan Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah :  KLIK DISINI

Cara Membuat Semakan Bantuan Warga Emas

Semakan untuk bantuan warga emas boleh dilakukan secara online dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

    1. Sila Klik Pautan Laman web JKM di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
    2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    3. Sila klik butang semak.

Maklumat Lanjut

Anda boleh hubungi JKM di talian di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut :

Hotline JKM : 03-8000 8000

Baca Juga : Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off” Melalui Akaun 1 Boleh Diluluskan

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress