Bantuan Khas Akan Dinaikkan Untuk Setiap Keluarga – Perdana Menteri

Bantuan Khas Akan Dinaikkan Untuk Setiap Keluarga

PETALING JAYA: Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika monsun Timur Laut atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM 39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara itu dijangka meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah.

“Pemberian bantuan ini bukanlah satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

“Ini antara pendekatan baharu yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal Nov sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat JPBP yang dipengerusikannya pada 13 September 2021.

Ismail berkata, pendekatan lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah pembangunan sistem e-sumbangan NGO sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada mangsa bencana.

“Bantuan perlu dimohon melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat negeri daerah supaya penyelarasan b.antuan dapat dilakukan lebih lancar dan sistematik,” katanya.

Katanya, badan sukarela yang ingin melakukan pergerakan menghantar baantuan, perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat negeri daerah terlebih dahulu memandangkan jawatankuasa peringkat tempatan lebih arif dengan kehendak dan keperluan mangsa di kawasan terjejas.

“Saya menasihatkan agar semua pihak yang terlibat supaya konsisten dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan pengurusan bencana melalui program dan projek yang bermanfaat di negeri masing-masing.

“Bersesuaian dengan semangat Keluarga Malaysia juga, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk terhadap jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Kadar Kenaikan Bantuan

Dalam lawatan saya ke Kota Kinabalu hari ini, saya telah mengumumkan Peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM 18,241,250 kepada Negeri Sabah bertujuan untuk melancarkan proses tindak balas bencana supaya kebajikan rakyat terus terpelihara.

Saya berharap agar sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.

Saya ucapkan takziah dan sangat bersimpati kepada mangsa yang terkorban. Saya turut mengumumkan kenaikan kepada B.antuan Wang Ihsan dari RM 500 ke RM 1,000. Keadaan pasca banjir memang membebankan bagi setiap isi rumah yang terjejas ak.ibat Monsun Timur Laut (MTL).

Kenyataan Perdana Menteri

Justeru, saya juga mengumumkan Peruntukan Perbelanjaan Operasi dalam MTL 2021/2022 berjumlah RM 9.5 j.uta yang akan disalur menggunakan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Sudah menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk sentiasa berusaha meringankan beban mereka yang diuji dengan bencana, apatah lagi yang diuji ini warga Keluarga Malaysia.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress