Bantuan Khas Ibu Tunggal: Cara Mohon RM300 One-Off

Buat wanita yang memerlukan dan berstatus ibu tunggal di luar sana, kini dengan bantuan khas ibu tunggal dari program PENJANA dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), ibu tunggal yang layak menerima bantuan khas sebanyak RM300. Sudah tentu bantuan ini dapat meringankan beban para ibu tunggal bukan?

Baca Juga: Tarikh Bayaran & Semakan RM1,500 One-Off

Sebelum anda membuat permohonan, anda boleh meneliti maklumat, kriteria kelayakan, dan cara permohonan sebelum memohon bantuan berkenaan.

Berapakah Jumlah Bantuan Ibu Tunggal?

Bantuan Khas Ibu Tunggal

  • Bantuan ibu tunggal adalah sebanyak RM300 buat mereka yang layak.

Syarat-Syarat Permohonan

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan adalah berstatus balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah.
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan khas ini, sila muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di bawah:

Anda juga boleh menghadirkan diri di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang dicetak dan telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan.

Dokumen Wajib Yang Diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen wajib yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Penyata Akaun Semasa
  • Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Anak Angkat
  • Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu / Majikan)

Mohon Juga: Bantuan Kanak-Kanak Maksimum RM1,000 Sebulan

Senarai Dokumen Sokongan

  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila klik di SINI.

Maklumat Tambahan

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda jika permohonan anda lulus dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
  • Untuk sebarang info tambahan, anda boleh klik di SINI dan layari laman web yang dipaparkan.

Semoga dengan adanya bantuan ini, ibu tunggal di luar sana diringankan beban untuk menampung perbelanjaan dan mencukupkan keperluan anak-anak. Jangan lupa ikuti perkembangan bantuan khas ini di laman web tersebut.

Jangan lupa share kepada mereka yang memerlukan, semoga bermanfaat!

Sumber

Join Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *