Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.
Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bantuan 2022 yang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, beberapa inisiatif lain turut diumumkan dalam Bajet 2022 iaitu;
- Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari
- Penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari
- Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14 ribu pegawai penjara
- Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun sebagai galakan kepada penjawat awam untuk turut serta menyumbang tenaga di dalam khidmat masyarakat
- Bayaran insentif sebanyak 200 ringgit kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam
- Penjawat awam: RM700
- Pesara : RM300
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.3 bilion.
“Ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada hari ini.
Syarat Kelayakan
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ;
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ;
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Rangkuman Intipati Belanjawan 2022
Antara bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuklah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.
Kerajaan akan fokus pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).
- Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
- Membina Semula Daya Ketahanan Negara
- Memangkin Pembaharuan
Kerajaan juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021.
Bagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.