Bantuan Khas PEMERKASA+ (APAD) RM500 Secara “One Off”

Bantuan PEMERKASA+ APAD Secara ONE-OFF Sejumlah RM500 Kepada 134,000 Industri Pengangkutan Awam (Pemandu Teksi, e-Hailing, Bas)

Perkhabaran yang menggembirakan buat semua pemandu e-hailing yang masih lagi belum menerima bayaran bantuan khas dimana pembayaran secara auto kredit berjumlah RM500 ‘ONE-OFF’ akan dilakukan bermula 10 September 2021 daripada Bantuan PEMERKASA+ APAD.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Pembayaran Bantuan PEMERKASA+ APAD Secara “One Off” RM500 Kepada 27,627 Pemandu E-Hailing Yang Belum Menerima Bayaran

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedia maklum dan amat prihatin berhubung isu pembayaran bantuan secara sekali beri atau ‘one-off’ PEMERKASA+ yang dibangkitkan oleh komuniti pemandu e-hailing yang layak namun masih belum menerima pembayaran bantuan tersebut.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500.

Pihak APAD telah selesai membuat pembayaran kepada 28,465 pemandu e- hailing yang layak bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021. Walaubagaimanapun, masih terdapat 27,627 pemandu yang masih belum menerima bayaran bantuan tersebut.

Sukacita dimaklumkan juga yang peruntukan bagi tujuan pembayaran kepada baki pemandu layak yang masih belum menerima bantuan tersebut telah pun disalurkan kepada APAD pada 3 September 2021. APAD kini sedang dalam proses melakukan pembayaran melalui bank yang telah dilantik oleh pihak Kerajaan iaitu Hong Leong Bank. Cara pembayaran pula akan dilakukan secara auto- kredit ke dalam akaun bank seramai 27,627 pemandu yang terlibat bermula pada hari Jumaat 10 September 2021.

Sehubungan dengan itu, MOT memohon maaf atas kelewatan penyaluran bantuan ini dimana sememangnya pihak MOT sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para pemandu e- hailing terbela dan terjaga serta berharap pembayaran bantuan RM500 ini akan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi  dalam musim pandemik COVID-19 ini.

Baca juga: Anda Boleh Claim PERKESO Jika Positif COVID Semasa Kerja. Lihat Syarat & Cara Tuntutan

bantuan pemerkasa apad

bantuan pemerkasa apad

Bantuan khas RM500 secara “one off” ini dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada semua 134,000 orang dalam kategori penerima berikut:

    • 62,000 Pemandu kereta sewa dan e-hailing
    • 40,000 Pemandu teksi
    • 17,000 Pemandu pelancong
    • 11,000 Pemandu bas sekolah
    • 4,000 Pemandu bas persiaran

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Tarikh Penerimaan Bantuan PEMERKASA+ APAD

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima yang sudah mendaftar bermula Julai 2021.

Semakan Keatas Bantuan Khas Untuk Pemandu Teksi, e-Hailing Dan Bas

Penyemakan kelayakan permohonan bantuan ini dilakukan dengan terperinci oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Anda boleh rujuk laman web rasmi APAD di pautan di bawah bagi membuat semakan serta mengetahui maklumat terkini:

https://www.apad.gov.my/

Bantuan Lain Untuk Pengangkutan Awam Pemerkasa +

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas Dan Teksi

Untuk meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, pihak kerajaan juga telah melaksanakan skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang akan memberikan manfaat kepada para pengusaha bas dan teksi yang berlayakan untuk mendapat moratorium pinjaman sehingga 12 bulan serta melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Perlanjutan Untuk Pengecualian SST Kepada Kenderaan Penumpang CKD Dan CBU Import

Pihak Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa pengecualian Cukai Jualan (SST) bagi kenderaan penumpang CKD & CBU import akan bermula pada 1 Julai 2021 menerusi inisiatif PENJANA. Maklumat terkini menyatakan pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian ini sehingga tarikh 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut, boleh layari:

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress