Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0

KUCHING: Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 yang berjumlah lebih RM800 juta telah dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak bertujuan memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan sepanjang tempoh peralihan Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu bahawa BKSS 7.0 memfokuskan kepada 3 perkara iaitu :

– Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO
– Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
– Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Langkah-langkah ini diharap akan membantu kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya menggerakkan ekonomi kita,” katanya semasa Majlis Pelancaran BKSS 7.0 dan Majlis Simbolik Penyerahan BKSS 6.0 di Yayasan Sarawak, Kuching pada petang Rabu.

Beliau juga turut berharap BKSS 6.0 yang masih sedang dilaksanakan berupaya membantu rakyat dalam menghadapi kemelut kehidupan pada masa yang mencabar ini dan meninggalkan pesan agar bantuan tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Syarat Kelayakan BKSS 7.0 adalah perniagaan tersebut haruslah aktif dan berdaftar dengan SOCSO sehingga 31 Disember manakala bagi tarikh bayaran (bantuan RM10,000 untuk peniaga /perusahaan kecil / penjaja) akan disalurkan dalam dua peringkat fasa iaitu :

Fasa 1: Bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan September 2021
Fasa 2: Baki bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Disember 2021

Langkah-langkah permohonan bantuan BKSS 7.0 masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri secara rasmi.

*Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TVS TV, BERNAMA

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress