Berita baik buat golongan para belia kerana mereka adalah merupakan salah satu golongan yang bakal diberikan bantuan e-wallet oleh pihak kerajaan melalui Program PEMERKASA 2021. Melalui pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada bantuan yang terdahulu.
Untuk makluman, program eBelia ini adalah merupakan sebuah program untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini.
Jumlah Bantuan E-Wallet
Jika sebelum ini bantuan e-wallet untuk golongan belia sebanyak RM100, kini nilai bantuan tersebut akan dinaikkan sebanyak RM50 dan sekali gus menjadikan jumlah baharu yang bakal diterima adalah sebanyak RM150.
Tarikh Pengkreditan E-Wallet
Untuk pengetahuan anda semua, tarikh pengkreditan e-wallet 2021 dijangkan akan dilakukan bermula pada bulan Jun ini.
Siapa Yang Layak Untuk Memohon?
Berikut merupakan golongan yang layak untuk menebus:
- Golongan belia yang berumur antara 18-20 tahun.
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa.
Bagaimanakah Cara Untuk Menebus?
Berikut dikongsikan kepada anda cara untuk menebus kredit e-wallet:
1. Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi TnG E-Wallet, Boost, GrabPay di App Store atau Google Play Store.
2. Setelah selesai memuat turun, sila isikan maklumat peribadi anda yang diminta dengan lengkap.
3. Seterusnya, pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang diberikan.
4. Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dilakukan ke dalam akaun anda yang aktif.
Baca Juga: Semakan Baki Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bujang/Isi Rumah
Bantuan Lain Untuk Golongan Muda
Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukkan RM10 juta dengan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta.
Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan anak muda bandar dalam program keusahawanan.