Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022 | Mohon Sekarang!

Semakan & Permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA (RM100) Sehari

Tahukah anda NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

Melalui badan NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Persoalannya, bagaimana hendak memohon bantuan NADMA ini? OnViral ingin kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan kuarantin RM100 ini.

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COV19.

Anda boleh membuat permohonann ini untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum).

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Cov19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

    • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COV19
    • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COV19.

Pemohon Yang Tidak Layak

    • Bukan Warganegara Malaysia.
    • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
    •  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COV19.

Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.

  1. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:
    • Ketua Pengarah
      Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
      Jabatan Perdana Menteri
      Aras 7, Blok D5, Kompleks D
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      52502 PUTRAJAYA
      (u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

    • Borang Permohonan Bantuan Khas COV19 seperti di Lampiran A (Dokumen asal)
    • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
    • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak COV19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian COV19, sijil cuti sakit)
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
    • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (Salinan diakui sah)

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COV19

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan RM100 Sehari NADMA

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress