Langkah Membuat Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan Kuarantin (NADMA) Sejumlah RM100 Sehari
NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat daripada COVID-19 .
Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti ataupun dirawat COVID-19 maka anda boleh memohon bantuan secara one-off melalui NADMA ini.
Portal Malaysia ingin kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan COVID-19 ini.
Bantuan Kuarantin RM100 Sehari COVID-19
-
- Jumlah bantuan kuarantin ini adalah sebanyak RM100 sehari yang akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID-19.
- Tempoh kelayakan maksimum menerima bantuan RM100 sehari adalah sehingga 14 hari (tempoh maksimum)
- Diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu
Kriteria Kelayakan Permohonan Bantuan Kuarantin
Permohonan Yang Layak
-
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan ATAU tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan ATAU tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Permohonan Yang Tidak Layak
-
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
Langkah-Langkah Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari
Sila rujuk langkah-langkah untuk melakukan permohonan bantuan kuarantin RM100 Sehari seperti di bawah:
-
- Sila muat turun (download) kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan di laman web NADMA KLIK DISINI
- Permohonan yang sudah dilengkapkan mesti dihantar melalui pos ke pejabat NADMA yang beralamat seperti dibawah:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
-
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (Salinan Diakui Sah)
Cara Pembayaran Bantuan Kuarantin RM100 Sehari
Pembayaran bantuan khas kuarantin ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari masa bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap sahaja. Jadi sila pastikan kesemua dokumen yang dimuat turun (download) dari laman web NADMA diisi dengan lengkap sebelum melakukan penghantaran / pengeposan.
Nota Penting : Pihak NADMA berhak memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang telah dihantar dan dikemukakan ATAU berhak menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.