Pengumuman Kerajaan Untuk Bantuan RM200 Sebulan Bermula November 2021

Kerajaan Buat Pengumum Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan Bermula November 2021

Seperti yang kita semestinya sudah maklum, pihak kerajaan Malaysia sangat mengambil berat tentang masalah yang dialami oleh majoriti golongan rakyat pada masa yang mencabar ini. Terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan dan diwujudkan oleh pihak kerajaan daripada diantaranya bantuan bakul makanan, bantuan kewangan dan bermacam-macam lagi kepada golongan b40. Ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat yang terkesan lebih-lebih lagi ketika penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sekarang ini.

Disebabkan perkara ini, pihak JKM dengan kerjasama pihak kerajaan telah mewujudkan sebuah bantuan yang dinamakan Bantuan Latihan Perantis bertujuan memberikan kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.

Bantuan latihan perantis

Pihak JKM telah mewujud dan memperkenalkan bantuan kewangan ini bagi tujuan membantu meringankan beban kehidupan seharian golongan b40 yang kehilangan sumber pendapatan akibat daripada kesan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Untuk mengetahui maklumat tentang bantuan-bantuan lain daripada JKM serta pihak kerajaan dan mengikuti perkembangan isu-isu permohonan semasa, sila layari Laman Web ONVIRAL.COM.MY

Kadar Bantuan

Golongan B40 yang layak akan mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan sejumlah RM200 Sebulan

Tujuan Bantuan Latihan Perantis Diperkenalkan

Bantuan latihan perantis JKM ini disalurkan kepada golongan b40 adalah bertujuan untuk:

    • Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
    • Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.

Kriteria Dan Syarat Kelayakan Bantuan Latihan Perantis

Sila rujuk kriteria di bawah bagi syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum memohon:

    • Warganegara Malaysia
    • Mestilah Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan
    • Mestilah bekas pelatih perintah khidmat Malaysia ATAU
    • Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.

Langkah Melakukan Permohonan

Sila rujuk perkara di bawah untuk senarai dokumen yang wajib anda sediakan bagi memudahkan urusan permohonan:

    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
    • Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
    • Dokumen lain yang dirasa diperlukan.

Di bawah adalah borang permohonan yang perlu anda isi serta lengkapkan (Sila Muat Turun). Kemudian sila hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan – KLIK DISINI
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan – KLIK DISINI

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress