Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan MyLesen iaitu pemberian bantuan lesen memandu secara percuma.
Baca Juga: KWSP : Jenis Pengeluaran Yang Dibenarkan
Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen)
Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.
Segala kos dalam membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.
Syarat Kelayakan & Permohonan Bantuan Lesen Memandu
Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
- Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
- Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Lesen Memandu
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.