Bantuan Miskin Tegar | Bantuan Tunai RM500 hingga RM1300

Makluman

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dalam pakej PEMULIH,  isi rumah miskin tegar bakal menerima Bantuan Miskin Tegar sebanyak RM500 selama 3 bulan bermula Ogos 2021. Bantuan Khas CV19 (BKC) ini memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas & bujang di seluruh Malaysia.

Maksud Kategori Miskin Tegar

Golongan miskin tegar adalah individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) iaitu RM500.00 & Pendapatan perkapita adalah RM100.00.  Miskin tegar juga ialah golongan rentan, iaitu golongan yang terdedah kepada risiko kemiskinan, keselamatan & kesihatan di Malaysia.

Permohonan Bantuan Miskin Tegar

Bantuan Miskin Tegar ini adalah terdapat dalam Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Oleh itu, anda tidak perlu membuat permohonan, kerana kelayakan anda adalah berdasarkan data-data sedia ada dalam Permohonan BPR 2021.

Jika anda pernah terima BPR 2021 dan juga golongan miskin tegar, Kelayakkan menerima bantuan ini adalah automatik. Akan tetapi, anda diminta untuk nama anda dalam sistem JKM dan ekasih.

Apakah Kadar Bantuan Miskin Tegar

Perdana Menteri kita mengatakan, miskin tegar yang kategori isi rumah akan dapat RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember 2021.

Jumlah kesuluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar isi rumah adalah sebanyak RM1,300.00.

Untuk miskin tegar kategori bujang & warga emas pula, anda akan dapat RM200 pada bulan Ogos, dan RM300 pada bulan Novomber.

Jumlah kesuluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar bujang & warga emas adalah sebanyak RM500.

Semakan Permohonan Miskin Tegar

Kaedah semakan & tarikh rasmi bantuan akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.aQQ

Soalan Lazim

1. Apakah itu miskin tegar?

    • Miskin tegar adalah mereka yang tergolong dalam golongan rentan. Berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

2. Berapakah nilai bantuan miskin tegar?

    • Golongan isi rumah miskin tegar akan menerima wang berjumlah RM1,300 manakala golongan bujang dan warga emas miskin tegar akan menerima RM500.

3. Bagaimanakah kaedah pembayaran bantuan ini?

    • Pembayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress