Bantuan Miskin Tegar : Terima Bantuan Tunai RM500 – RM1,300

Semasa pembentangan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isi rumah miskin tegar akan menerima Bantuan Miskin Tegar sebanyak RM500 selama 3 bulan bermula Ogos 2021.

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) ini bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan bujang di seluruh Malaysia.

Maksud Kategori Miskin Tegar

Apakah maksud miskin tegar? Golongan miskin tegar adalah individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM500 dan pendapatan perkapita adalah RM100.

Miskin tegar juga termasuk dalam golongan rentan, iaitu golongan yang terdedah kepada risiko kemiskinan, keselamatan dan kesihatan di Malaysia.

Cara Mohon Bantuan

Bantuan Miskin Tegar ini adalah terkandung dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Oleh itu, anda tidak perlu membuat permohonan, kerana kelayakan anda adalah berdasarkan data-data yang sudah ada di dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jika anda pernah menerima BPR 2021 sebelum ini, dan tergolong dalam miskin tegar, anda layak untuk dapat menerima bantuan miskin tegar ini secara automatik.

Untuk kemudahan anda, sila daftar juga nama anda dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih.

Kadar Bantuan

Perdana Menteri berkata, miskin tegar yang kategori isi rumah akan terima RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November dan RM300 pada bulan Disember 2021.

Jumlah keseluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar isi rumah adalah sebanyak RM1,300.

Untuk miskin tegar kategori bujang dan warga emas pula, anda akan menerima RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.

Jumlah keseluruhan untuk kadar bantuan miskin tegar bujang dan warga emas adalah sebanyak RM500.

Bantuan Miskin Tegar

Semakan Permohonan Bantuan

Kaedah semakan dan tarikh rasmi bantuan akan diumukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Harap maklum.

Soalan Lazim

1. Apakah itu miskin tegar?

  • Miskin tegar adalah mereka yang tergolong dalam golongan rentan. Berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

2. Berapakah nilai bantuan miskin tegar?

  • Golongan isi rumah miskin tegar akan terima wang berjumlah RM1,300 manakala golongan bujang dan warga emas miskin tegar akan menerima RM500.

3. Bagaimanakah kaedah pembayaran bantuan ini? 

  • Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari website:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress