mySalam : Bantuan Kewangan Sehingga RM 700 Seorang

mySalam

1. Apakah Itu mySalam?

  • mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
  • Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit yang dihadapi

2. Siapakah Yang Layak Untuk Memohon?

  1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Individu yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun dan pasangan..
  • Individu bujang yang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

3. Apakah Manfaat Yang Bakal Diperolehi?

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  • Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setahun pada kadar RM50 sehari atau RM700 setahun.

4. Bagaimanakah Cara Mendaftar mySalam?

  1. Penerima BSH yang layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem mySalam.
  2. Aplikasi pendaftaran online untuk mendaftar : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  3. Semua penerima yang berkelayakan mendapat skim ini akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019.
  4. Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938.

5. Skim mySalam COVID-19

Mysalam

Mysalam

6. Senarai 45 Penyakit Yang Anda Boleh Tuntut

Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit yang disenaraikan di bawah. Anda boleh membuat permohonan  serta menuntut jenis bantuan di atas.

  1. Alzheimer/ Demensia teruk
  2. Angiolplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningtis Bakteria
  4. Tumor Otak Benign
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomipati
  9. Anemia Aplastik Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS gejala penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV
  21. Kegagalan Buah Pinggang
  22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  23. Hilang keupayaan bertutur
  24. Trauma kepala major
  25. Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Lumpuh anggota badan
  30. Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmoneri Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/ Angin Ahmar
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistematik
  36. Kelecuran Tahap 3
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Penyakit Untut
  45. Penyakit Lembu Gila

Maklumat Lanjut: mySalam

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress