Permohonan & Semakan Bantuan NADMA RM100 Sehari

Bantuan NADMA RM100

Untuk makluman, bantuan NADMA merupakan inisiatif bantuan daripada kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemik ini. Kerajaan sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan khas wabak COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan melalui NADMA. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga baru mengumumkan mengenai pengeluaran sehingga RM5000 melalui i-Citra bagi mereka yang mempunyai akaun KWSP.

Kadar Bantuan NADMA

Mereka yang layak akan menerima RM100 sehari sehingga 14 hari (maksimum).

Bantuan ini adalah secara one-off dan akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh jangkitan COVID-19.

Jika kes yang berulang kali, anda tidak akan diberikan bantuan lagi.

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan RM100 NADMA?

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

    • Rakyat Malaysia yang telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji kerana terpaksa berkuarantin atas arahan KKM.
    • Rakyat Malaysia yang bekerja tetapi telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital (warded) disebabkan COVID-19.

Tatacara Permohonan

1. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, sila muat turun dokumen berikut:

2. Permohonan yang lengkap perlu hantar melalui pos ke:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p: Sekretariat KWABBN)

3. Antara dokumen yang diperlukan adalah:

    • Borang-borang lampiran A&B, Boramg C (jika perlu)
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Dokumen asal KKM (Discharge note/ sijil cuti sakit etc)
    • Salinan Penyata Bank

Untuk maklumat lanjut, rujuk: Panduan Permohonan

Semak Status Kelayakan Permohonan

Anda boleh menyemak status kelayakan anda pada pautan berikut:

Anda juga boleh semak Bantuan Khas Pengurusan Kematian dengan memasukkan Kad Pengenalan si mati.

Kaedah Pembayaran Bantuan NADMA

Jika anda lulus permohonan bantuan ini, bayaran akan dibuat secara EFT (Electronic Fund Transfer) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Soalan Lazim

1. Apakah itu bantuan NADMA?

    • NADMA menyediakan bantuan sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari  (maksimum) bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.

2. Berapakah kadar bantuan NADMA?

    • Yang berkelayakan akan menerima RM100 sehari sehingga 14 hari. Dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

3. Adakah borang perlu dihantar?

    • Ya, sila muat turun borang di sini dan hantar ke alamat yang ditetapkan.

Info Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat di bawah:

+603 8870 4800 @ admin@nadma.gov.my (email)

Sumber: NADMA.Gov

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *