Bantuan Orang Tua (BOT) & Cara-Cara Permohonan

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah salah satu bantuan inisiatif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Sila rujuk informasi dibawah mengenai Bantuan BOT daripada JKM ini.

 

Bantuan Orang Tua (Bot) Online

Bantuan Orang Tua ini diwujudkan untuk membantu orang tua Malaysia dalam meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti , memudahkan urusan serta meringankan beban.

Nilai Bantuan

Kerajaan telah memberikan kadar  sebanyak RM500 sebulan untuk seorang pemohon yang tertakluk kepada kriteria kelayakan.

Kriteria  kelayakan Bantuan Orang Tua 2021

    • Warganegara yang bermastautin di Malaysia,
    • Orang tua yang berusia 60 tahun ke atas,
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) iaitu Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
      Orang tua yang bukan tinggal di institusi yang dikendalikan oleh JKM atau pusat jagaan harian.
    • Mana-mana kes khusu yang layak dipertimbangkan oleh pihak JKM.

Cara Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT)

Permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara dimana siasatan akan dijalankan terhadap setiap permohonan yang didaftarkan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan oleh pemohon. Pemohon perlu hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri yang berdekatan serta membawa dokumen-dokumen sokongan yang lengkap beserta Borang Permohonan bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Senarai dokumen-dokumen sokongan adalah seperti dibawah  :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada)
    • Dokumen lain yang berkaitan
    • Borang Permohonan Bantuan Orang Tua 2021
      Sila muat turun (download) borang permohonan di bawah untuk diisi dan dibawa ke pejabat permohonan.

Borang Permohonan Bantuan JKM 18 (Klik)
Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20 (Klik)

Selain itu, pemohon juga boleh mendaftar dahulu permohonan secara online sebelum pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

    • Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
    • Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
    • Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
    • Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
    • Dalam tempoh 14 hari selepas mendaftar secara online, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
    • Bawa bersama dokumen-dokumen sokongan berserta Borang permohonan yang diperlukan.

FAQ

Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?
Anda layak, akan tetapi permohonan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bolehkah orang tua dan warga emas yang dijaga di Rumah penjagaan Orang-orang Tua memohon bantuan ini?
Tidak boleh kerana bantuan ini hanya disalurkan untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

Jika saya sudah memohon secara atas talian tetapi tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?
Tidak diterima kerana setiap pemohon wajib menghantar dokumen-dokumen sokongan berserta Borang permohonan yang diperlukan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk diproses.

Adakah saya Layak untuk memohon sekiranya pendapatan saya melebihi RM1500 sebulan?
Pemohon boleh merujuk kepada JKM untuk mengetahui PGK (Pedapatan Garis Kemiskinan) kerana pendapatan pemohon hendaklah tidak melebihi PGK (Pedapatan Garis Kemiskinan).

Sila klik DISINI untuk direktori senarai pejabat JKM untuk rujukan anda.

Anda juga boleh menghubungi JKM di talian berikut untuk apa-apa pertanyaan tentang bantuan ini :

Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2045

Sumber : JKM

Portal Info

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress