Bantuan Pelajaran KPM Melalui BKPKK

Ini mungkin satu Berita Gembira Kepada Mereka yang Berpendapatan Bawah RM3000 Layak Mohon Bantuan Pelajaran Kementerian Pendidikan RM1800 Untuk Anak.

Seperti yang kita sudah maklum dan mungkin pernah mengalami kepayahan melunaskan sesuatu yang bersangkut paut dengan masalah kewangan, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini adalah kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh sesiapa sahaja.

Pihak kerajaan atau Yayasan telah mewujud dan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan kewangan  sebelum ini dimana ini termasuklah bantuan-bantuan yang baru diperkenalkan dan tjuga pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan tetapi ianya masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan BKPKK yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Ihsan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk membaca berita-berita semasa dan permohonan bantuan kerajaan Malaysia terkini.

bantuan pelajaran

Bantuan Kewangan BKPKK

Ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada Pelajar Kolej Komuniti melalui BKPKK (Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti).

Kadar Bantuan Pelajaran BKPKK

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Kriteria Kelayakan

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:

    • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
    • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
    • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
    • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
    • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
    • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Langkah Permohonan Bantuan Pelajaran BKPKK

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

    1. Surat tawaran
    2. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
    3. Borang penyata kewangan penjamin
    4. Panduan mengisi borang perjanjian
    5. Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran DAN
    6. Tuntutan bayaran pelajar BKPKK sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Kolej Komuniti masing-masing pada setiap semester.

NOTA : Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Kolej Komuniti masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Soalan Lazim

SOALAN 1 : Berapakah Bantuan Kewangan Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

    1. Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
    2. Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
    3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

SOALAN 2 : Adakah Pelajar Boleh Menerima Tajaan / Biasiswa daripada agensi lain sekiranya telah  menerima bantuan kewangan asasi di bawah kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

SOALAN 3 : Adakah Bantuan Kew3angan Ini Mengambil Kira CGPA Pelajar?

Ya, pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua. Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan BKPKK ini, sila rujuk saluran di bawah :

    • Talian Khidmat Pelanggan : 603-8888 8000
    • Laman Web : KLIK DI SINI
    • Unit Biasiswa
      Bahagian Biasiswa
      Kementerian Pengajian Tinggi,
      Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
      62200 Putrajaya

Baca Juga : Langkah Pendaftaran Dan Pengaktifkan i-Akaun KWSP (Online)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress