Bantuan RM1,000 Secara Automatik Untuk Golongan Belia Umur 18-30 Tahun ~ Bermula Januari 2022!

Dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun. Jadi ini mungkin satu erita baik buat semua golongan belia.

Untuk pengetahuan semua, bermula pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap menambah pengalaman dalam pekerjaan bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui “on-the-job-training“.

Sila layari laman web ONVIRAL untuk membaca berita-berita dan permohonan terkini.

Matlamat Dan Tujuan Bantuan

Tujuan insentif & bantuan ini adalah memberikan peluang kepada penganggur atau belia yang tidak mempunyai kerja tetap menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meningkatkan mutu kemahiran melalui “on-the-job-training“.

Di bawah adalah insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini:

    • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
    • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
    • Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
    • Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
    • Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif

Kriteria Dan Syarat Kelayakan

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

    1. Merupakan Warganegara Malaysia
    2. Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
    3. Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
    4. Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Nota Penting :

    • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
    • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

Langkah Permohonan

Pihak majikan perlu memohon melalui Penjana Kerjaya secara online dengan mendaftar di portal rasmi PERKESO. Sila tekan pautan untuk pergi ke laman Penjana Kerjaya Perkeso KLIK DI SINI

Para belia yang ingin menyertai Program Perantisan boleh membuat pendaftaran sebagai pengguna dan mengisi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs dengan menekan pada pautan – KLIK DI SINI

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk saluran di bawah:

    • Talian perkhidmatan khas :  03-80915300 / 1-300-22-8000
    • Emel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Baca Juga : Nak Rancang Cuti? Jom Semak Senarai Cuti Umum Malaysia 2022 Mengikut Negeri

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress