Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40 | Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS merupakan program kebajikan khas buat ibu-ibu di Selangor yang berpendapatan rendah (Kumpulan B40) kurang RM2,000 sebulan.

Tujuan Program ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan atau RM2,400 setahun bagi pembelian barangan keperluan asas (Sila rujuk senarai keperluan asas di bawah).

Lebih 30,000 ibu mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas menggunakan Kad KISS tanpa perlu membayar tunai (cashless) menerusi program ini.

Terkini, pihak kerajaan negeri Selangor telah membuat pengumuman tentang penambahan 5,000 penerima sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui tentang bantuan-bantuan lain yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan juga untuk berita-berita semasa.

Kemaskini Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Sistem KISS akan dikemaskini bagi mengkaji semula senarai layak penerima dimana proses kemaskini tersebut akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu bermula 15 Jun sehingga 15 Julai 2019.

Sekiranya pemohon layak, mereka akan kekal tersenarai sebagai ahli penerima KISS manakala ahli yang tidak layak pula akan dikeluarkan.

Perlu diingatkan bahawa kelayakan adalah berdasarkan senarai nama dalam sistem eKasih dan BSH 2019 dan kesemua Ahli KISS adalah diminta untuk melakukan kemaskini untuk butiran masing-masing sebelum 15 Jun.

Pendaftaran eKasih dan BSH boleh dibuat di mana-mana pejabat LHDN atau UTC.

Kepada kesemua ibu yang sedang mengandung, anda juga boleh melakukan permohonan insentif ASNB sebanyak RM200 melalui skim ADAM50.

Baca juga: Cara Pengeluaran KWSP Untuk Bayaran Bulanan Rumah

Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Pendaftaran KISS telah dibuka bermula 13 Disember 2017 yang lepas. Memandangkan pendaftaran secara online masih belum dibuka, jadi buat masa ini pendaftaran masih perlu dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran sahaja.

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) KLIK DISINI untuk Laman web ATAU Sila tekan pautan ini KLIK DISINI untuk terus ke laman muat turun. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun borang, sila pergi ke pejabat-pejabat di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran tersebut:

    • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
    • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
    • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
    • Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
    • Pusat Wanita Berdaya

Kasih Ibu Smart Selangor


Baca juga: Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Syarat Kelayakan Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Sila rujuk syarat kelayakan permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) seperti di bawah:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Dilahirkan di Selangor ATAU menetap di Selangor melebihi 10 tahun ATAU pemilih berdaftar di Negeri Selangor
    3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
    4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Untuk makluman, Kad KISS perlulah diaktifkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Sila rujuk langkah di bawah untuk pengaktifan kad KISS secara online atau SMS. Ikuti langkah di bawah:

    1. Pengaktifan Online
      1. Layari laman web rasmi KISS di www.kiss.com.my
      2. Klik pada “Pengaktifan Kad”
    2. Pengaktifan SMS
      1. Taip WBC<jarak>ACT<jarak>No-Kad-KISS<jarak>No-CVV<jarak>Nama<jarak>Nombor Kad Pengenalan
      2. Hantar ke 33555

Kaedah Penggunaan Kad KISS

    1. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai / pasaraya berdaftar
    2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli
    3. Beri kad KISS kepada juruwang di kaunter pembayaran
    4. Semak baki kad sebelum buat pembayaran
    5. Juruwang akan merekod setiap barangan yang dipilih
    6. Hanya barangan tersenarai di bawah layak menggunakan kad KISS
    7. Peserta perlu menekan nombor pin
    8. Resit akan dicetak dan memaparkan baki awal & akhir kad KISS

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Telah Diluluskan

Di bawah adalah antara barangan keperluan asas yang telah  diluluskan untuk program KISS:

    1. Beras
    2. Mi dan Bihun
    3. Roti
    4. Biskut
    5. Telur
    6. Gula dan Garam
    7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
    8. Tepung
    9. Minyak masak
    10. Sayur-sayuran dan buah-buahan
    11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
    12. Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
    13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
    14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
    15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Sila tekan KLIK DISINI untuk muat turun dan mendapatkan panduan harga.

Kasih Ibu Smart Selangor

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai program ini, sila hubungi Selangor Care di talian 03-5525 6600

Baca juga: Pengumuman Kerajaan Untuk Bantuan RM200 Sebulan Bermula November 2021

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress