Bantuan RM500 Bagi Yang Kehilangan Pendapatan
Kerajaan ada menyediakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) di mana bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan bagi melonjakkan ekonomi negara.
Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.
Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan bagi melonjakkan ekonomi negara.
Baca Juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan
Jumlah Bantuan
Bantuan ini adalah bertujuan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.
Cara Permohonan & Semakan BKP
Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan dibuka bagi bantuan ini.
Sebaliknya, data penerima akan disemak oleh KWSP ataupun PERKESO bagi memastikan setiap individu yang layak bakal diberikan bantuan.
Baca Juga: Senarai Jenis Bantuan Yang Boleh Dimohon
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, anda boleh rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ ataupun https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/