Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021

Program Subsidi Upah (PSU) merupakan bantuan berbentuk kewangan yang akan dibayar kepada majikan kepada setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja tempatan hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

Untuk makluman, sejak Program Subsidi Upah atau PSU ini diperkenalkan, kerajaan telah membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bertujuan untuk membantu para majikan membayar gaji kepada lebih kurang 2.7 juta pekerja di Malaysia. Melihatkan kepada respon positif daripada rakyat berkenaan dengan program ini, pihak kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan kewangan sebanyak RM3.8 bilion ringgit dimana ini dijangka mampu memberikan manfaat kepada lebih kurang 2.5 juta pekerja khususnya pekerja tempatan.

Pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja melalui inisiatif PSU 4.0 ini bagi setiap majikan bertujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pendemik Covid-19 supaya mereka dapat meneruskan operasi syarikat dan sekaligus pada masa yang sama mengelakkan para pekerja khususnya pekerja tempatan hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

Program Subsidi Upah PSU 4.0

Pihak kerajaan akan menampung majikan yang mempunyai kriteria di bawah melalu Program ini

    • Seramai 500 pekerja setiap majikan
    • Jumlah bayaran RM600 untuk setiap pekerja.
    • Pembayaran adalah bagi tempoh selama 4 bulan dimana dua bulan untuk semua sektor dalam fasa kedua PPN manakala dua bulan yang seterusnya khusus untuk  sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Syarat-syarat permohonan PSU sebelum ini mempunyai kriteria had gaji di bawah RM4,000 sahaja, tetapi untuk PSU 4.0, syarat dan kriteria adalah seperti di bawah:

    • Tiada had gaji ditetapkan.
    • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.

Baca juga: Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad (Jika Tertinggal Kad)

Langkah Permohonan PSU 4.0

Permohonan Subsidi Upah PSU para pekerja hendaklah dilakukan melalui pihak majikan. Mana-mana majikan yang mahu membuat permohonan PSU 4.0 untuk mendapat bayaran kepada pekerja mereka bolehlah rujuk langkah-langkah di bawah:

    • Permohonan boleh dikemukakan secara online – KLIK DISINI
    • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan –KLIK DISINI
    • Permohonan PSU yang telah diluluskan untuk Senarai nama majikan boleh disemak di pautan ini di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang telah diluluskan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0, sila rujuk ruangan maklumat lanjut di akhir petikan ini atau klik link ini untuk FAQ  KLIK DISINI

SUBSIDI UPAH PSU

Maklumat Lanjut

Anda boleh rujuk maklumat di bawah untuk keterangan lanjut mengenai Program Subsidi PSU 4.0:

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
  • Pautan Perkeso : KLIK DISINI
  • FAQ Penuh PSU 4.0 : KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress