Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Pihak kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah yang mana ianya bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman mereka.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk melihat permohonan lain disamping berita semasa Malaysia serta permohonan bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan.

Di bawah merupakan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan Skim Pinjaman Perumahan RM60,000.

Syarat Kelayakan Permohonan

    • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
    • Berumur 21 – 71 tahun.
    • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
    • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
    • Belum mempunyai rumah.
    • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
    • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.

Syarat Pinjaman

Berikut adalah merupakan syarat pinjaman yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:
    • Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
    • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
    • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
    • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.

Syarat Pinjaman Generasi Kedua

    • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
    • Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
    • Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
    • Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.

Syarat Cagaran Tanah

Syarat cagar tanah milik pinjaman atau tanah milik ahli keluarga terdekat adalah dengan kebenaran bertulis pemilik tanah dimana nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
    • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
    • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Syarat Pembinaan Rumah

    • Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur).
    • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja dan tidak boleh menggunakan pelan sendiri.
    • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
    • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
    • Mempunyai pendaftaran Syarikat atau perakuan CIDB yang masih sah.
    • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000.
    • Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

Langkah Permohonan

Sila isi borang permohonan dan hantar ke alamat yang tertera pada muka depan borang permohonan.
Sila tekan pautan di bawah untuk Borang permohonan :

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan skim bantuan perumahan, sila hubungi saluran di bawah:
    • Bahagian Pengurusan Perumahan

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30, No 51 Persiapan Perdana Presint 4,

62100 Putrajaya.

    • Tel: 03-8000 8000
    • Faks: 03-8891 4269
    • Emel: spp@kpkt.gov.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress