Cara mohon bantuan RM800 untuk individu yang belum bekerja pada Februari 2022. Untuk makluman anda, program yang diberi nama PERANTISAN merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah PEMERKASA.
Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik di mana program ini akan menjanjiikan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Ikuti maklumat lanjut mengenai program dan bantuan yang telah pasukan OnViral sediakan di bawah ini.
Jumlah Bantuan & Tarikh Permohonan
1. Program Perantisan Asal (Penjana Kerjaya 2.0)
-
- Tempoh Latihan: 3 bulan
- Jumlah Insentif: RM1,000
2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
-
- Tempoh Latihan: 6 bulan
- Jumlah Insentif: RM800
3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
-
- Tempoh Latihan: 3 bulan + 3 bulan lanjutan
- Jumlah Insentif: RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
Syarat Kelayakan
-
- Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak untuk memohon untuk para pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
- Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikut 1 kursus sahaja.
Cara Memohon
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bagi bantuan ini:
-
- Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Buat permohonan insentif di laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Untuk program perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman https://www.myfuturejobs.gov.my/
Soalan Lazim
1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
-
- Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di portal MYFutureJobs.
2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan perlu mencarum dengan PERKESO?
-
- Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji / elaun,, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
-
- Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my