Kaedah Permohonan Bantuan Kanak-kanak RM1,000 sebulan. Permohonan masih lagi dibuka.
Permohonan bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan ini adalah khas diwujudkan oleh pihak kerajaan untuk ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah dimana menerusi Skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2022 ini, permohonan boleh dilakukan sehingga RM1,000 untuk satu keluarga.
Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui permohonan bantuan-bantuan lain daripada pihak kerajaan disamping berita-berita semasa.
Bantuan Kanak-kanak 2022
Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia telah memperuntukkan sebahagian dana besar daripada kerajaan khas diberikan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan.
Skim ini bertujuan membantu dan meringankan beban tanggungan serta dapat membantu para ibu bapa memberikan jagaan yang sempurna untuk kanak-kanak di Malaysia.
Kadar bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM1000 di mana sebelum ini diberikan dengan kadar RM450.
Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak 2022
Sila rujuk kriteria dan syarat-syarat di bawah untuk memohon bantuan ini :
-
- Mestilah berstatus Warganegara & menetap di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. Untuk yang umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah menengah).
- Kes-kes keperluan yang boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Mohon Juga : Bantuan i-Suri | Permohonan Untuk 2022
Langkah Melakukan Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2022
Jika berminat untuk mohon skim ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah :
-
- Sila layari laman rasmi JKM dengan menekan pada pautan : eBantuan JKM KLIK DI SINI
- Sila tekan butang “Daftar Permohonan Atas Talian”.
- Sila isi dua Borang iaitu Borang A & Borang B dengan lengkap dan tepat.
- Sila Tekan butang “Keputusan”.
NOTA* Jika laman tersebut tidak boleh dibuka atas masalah teknikal, sila cuba lain kali.
Senarai Dokumen Yang perlu Disediakan
Selepas permohonan atas talian (online) sudah selesai dilakukan, sila pergi ke pejabat JKM berdekatan untuk verifikasi.
Sila rujuk dokumen-dokumen wajib yang mesti dibawa seperti di bawah :
-
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga/ tanggungan yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU (jika ada)
- Salinan penyata pendapatan/ slip gaji
- Salinan surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Bil Utiliti seperti air, elektrik, telefon, astro (salah satu)
- Laporan pegawai perubatan dari klinik kerajaan/ hospital bagi kes OKU yang tidak bekerja/ kronik/ terlantar sakit.
- Bawa sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
Bagi borang permohonan pula, sila download dan print dari pautan dibawah dan bawa sekali bersama dokumen-dokumen di atas ke pejabat JKM.
Borang Permohonan JKM – KLIK DI SINI untuk download.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di saluran berikut :
03-8000 8000
Atau sila pergi ke pejabat JKM daerah/ negeri yang berdekatan dengan kawasan anda.
Baca Juga : i-Invest 2022 | Langkah Memasukkan Wang KWSP ke Dalam Akaun ASB Anda