LHDN telah mewujudkan sebuah inisiatif bantuan servis kereta seperti baiki, baikpulih kereta dan van motorsikal.
Tentu sekali ramai sudah mengetahui bahawa kejadian bencana ini telah menyebabkan ramai orang mengalami kerugian harta benda yang cukup besar disamping kehilangan orang tersayang.
Baca Juga : Langgar Kereta Lain Sebelum Rempuh Kedai Berdekatan. Apa Punca Ni
Mangsa-mangsa banjir ini semua perlu diberikan perhatian melalui pelbagai sudut aspek emosi dan pemulihan harta benda yang kini tentunya sudah rosak dan terjejas teruk terutamannya kenderaan pergi balik kerja.
Apa yang parah, bila kereta atau motorsikal yang ditenggelami air masih lagi dibawah pinjaman bank. Sudah tentu kos servisnya memakan jumlah yang besar.
Namun, pihak kerajaan atau LHDN telah wujudkan satu pakej perlaksaan dibawah program keluarga Malaysia yang digelar sebagai bantuan automatif 2022.
Program Automatif ini membenarkan sesiapa terlibat dalam kejadian banjir menghantar kenderaan mereka untuk servis membaikpulih dimana-mana bengkel meskipun tidak berdaftar dan tuntut bantuan ini. Apa yang diperlukan sebagai individu pemohon cuma mengisi borang pemohonan dan dokumen penting sebagai tujuan semakan.
Borang Permohonan Bantuan Automotif 2022
Jika anda menghantar ke bengkel yang tidak berdaftar, anda juga bole claim dan tebus bantuan automotif melalui cara ini :
-
- Anda semak dan isi borang permohonan bantuan automotif online di link pautan ini, https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
- Selain permohonan online, anda boleh sahaja terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan Lembaga hasil Dalam negeri LHDn yang berdekatan dengan anda dengan ambil terus borang permohonan di sana, isi dan hantar semula kepada pegawai dan kakitngan LHDNM yang bertugas
- Hantar borang tersebut yang telah diisikan selengkapnya bersama-sama bukti resit membaiki dan membaikpulih kereta
Bilakah Tarikh Buka & Tarikh Tutup Permohonan?
Permohonan dibuka bermula 19 Januari 2022 dan tutup pada 31 Mac 2022
Apakah Kriteria Kelayakan Bantuan Automatif?
-
- Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia yang sah
- Hanya kereta anda sebagai ketua isi rumah, isteri anda, ibu bapa, anak anda, adik beradik anda atau cucu anda yang layak untuk claim
- Pastikan anda sebagai ketua isi rumah sudah berdaftar nama untuk bantuan dengan Pusat Kawalan Operasi bencana PKOB samada di Johor Sabah Sarawak Perlis Pulau Pinang Penang Kelantan terengganu Pahang Perak Kedah Selangor KUala Lumpur Kl Melaka dan Negeri Sembilan yang terjejas dengan banjir
- Pastikan kereta tersebut mengalami masalah kerosakan dek kerana banjir yang melanda negara baru-baru ini tidak kira trak, motosikal, van
- Pastikan kereta anda belum dihantar di bengkel dan pusat servis rasmi perodua, Nissan, Proton, UMW Toyota, Honda, Mitsubishi, Volvo, Renault, Mercedes-Benz, BMW Malaysia, Ford, Hyundai, Mazda, Peugeot, KIA, Subaru, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Yamaha Motor, Boon Siew Honda, MODENAS, Mofaz, Suzuki
Apakah Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon?
Bukti yang anda mengalami musibah banjir sebelum ini dengan menyertakan resit yang untuk pembaikan kereta anda termasuk penukaran alat ganti dan lain-lain. Bersama borang permohonan.
Semakan Kelulusan
Terdapat proses untuk meluluskan permohonan anda berdasarkan bukti resit baikpulih kereta anda bersama-sama dengan borang permohonan yang anda hantar. Jika anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di atas, anda akan menerima bantuan RM1000 ini.
Kelulusan dipermudah dan dipercepatkan!
Cara Pembayaran Bantuan Automotif LHDN
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1000 dimana pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang telah didaftar dalam pangkalan data kerajaan melalui sistem BKC, BPR sebelum ini.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dilakukan secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional BSN yang berdekatan dengan anda.
Soalan Lazim
3) Berapa jumlah yang bakal diterima?
Rm1000
4) Adakah ini bermakna jika saya hantar selain bengkel berdaftar termasuk pusat servis seperti perodua, toyota proton, honda dan lain-lain saya masih boleh dapat claim Rm1000?
Betul
Maklumat Lanjut
Boleh terus call Hotline di nombor 1-800-88-2747 atau 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Semoga urusan anda hantar permohonan dan claim bantuan automotif melalui link pautan hasil.gov.my dipermudahkan untuk anda
Baca Juga : E-Wallet 2022 Sebanyak RM 150 | Tebus Sekarang