Bantuan Tab Percuma Untuk Rakyat Malaysia. Tarikh Untuk Memohon Akan Dibuka Tidak Lama Lagi!

Bantuan Tab Percuma Untuk Rakyat Malaysia. Tarikh Untuk Memohon Akan Dibuka Tidak Lama Lagi.

Melalui siaran media terkini Suruhanjaya Komunikasi & Multi Media (SKMM), Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada suku kedua 2022. Melalui pakej tersebut, tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.

Apa Itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

 

Ia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma & syarat yang akan ditetapkan.

Kelayakan

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Syarikat telekomunikasi yang terlibat pada masa ini  adalah :

    • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
    • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
    • Maxis Berhad (Maxis)
    • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
    • Telekom Malaysia Berhad (TM)
    • YTL Communications Sdn Bhd (YES)

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 iaitu (April – Jun 2022).

Maklumat lanjut bakal dikongsi dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa

Anda boleh rujuk kenyataan rasmi melalui lampiran di bawah:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress