Bantuan Tambahan RM500 BKM Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Tambahan RM500 BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan Tambahan BKM

Tahukah anda terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan tambahan BKM:

    • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
    • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Jumlah bantuan BKM maksimum adalah:

    • RM2,000

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

    • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat.
    • RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas.

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

    • RM2,500

Tarikh Pembayaran BKM

Setakat ini tiada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bilakah tarikh terperinci bantuan ini akan disalurkan. Namun begitu, bantuan ini dijangkan akan disalurkan bermula pada bulan Mac 2022.

OnViral akan kemaskini info dari semasa ke semasa.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress