Bantuan Telefon Dan Internet Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Telefon Dan Internet Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman anda, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru-baru ini telah membuat pengumuman tentang bantuan peranti mudah alih dan internet yang diwujudkan untuk rakyat Malaysia. Bantuan tersebut terbahagi kepada dua pakej seperti di bawah:

    • Pakej Remaja Keluarga Malaysia
    • Peranti Keluarga Malaysia

Bantuan telefon dan internet ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan ini serta langkah-langkah membuat permohonan.

Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan serta permohonan lain dari pihak kerajaan disamping mendapatkan informasi semasa.

Baca juga: Harga Denda MyKad Hilang Dan Cara Semak Rayuan

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan sebuah pakej prabayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Ciri-ciri Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah:

    • Menikmati internet dengan bayaran hanya RM10 sebulan (dibayar RM30 untuk 3 bulan)
    • Menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan
    • Ditambah dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti

Untuk data 20GB tersebut, pengguna boleh menggunakan pakej untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan.

Untuk data 1GB percuma setiap hari pula, ia boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Bantuan telefon dan internet

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Ciri-ciri dan harga Pakej ini adalah seperti di bawah:

    • Pakej Peranti Keluarga Malaysia merupakan satu pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf tahap internet kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
    • Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
    • Pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti menerusi pakej ini.

Tarikh Permohonan Bantuan telefon dan internet

Bantuan Telefon dan Internet Untuk Rakyat Malaysia ini akan bermula pada 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.

Cara Melakukan Permohonan Bantuan Telefon Dan Internet

Bagi melakukan permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan kedua-dua pakej ini dimana pengguna yang layak boleh melanggan kedua-dua pakej ini dengan mendaftar kad pengenalan yang sama. Di bawah merupakan senarai syarikat komunikasi yang terlibat dalam bantuan ini:

    • Maxis
    • Digi
    • Celcom
    • TM [Peranti] [Internet]
    • UMobile
    • YTL

Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui cara pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat Lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk info di bawah

Baca juga: Pengumuman Kerajaan Untuk Bantuan RM200 Sebulan Bermula November 2021

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress