Bagi ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh mohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan .
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
Isi Kandungan
hide
Jumlah BKK lama | Jumlah BKK 2021 |
· Maksimum seorang anak akan menerima RM100.
· Maksimum jika anak melebihi 4 orang akan dapat RM 450. |
· Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan untuk seorang.
· Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang. · Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga |
Syarat Kelayakan BKK 2021
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Cara Memohon BKK 2021
- Layari ; http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Cetak Borang Permohonan.
- Cetak Borang Kemaskini jika terdapat kemaskini baharu.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan semasa membuat permohonan, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.