Bantuan Warga Emas: Cara Mohon RM500 Setiap Bulan

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada bulan November tahun lalu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM300 kepada RM500.

Warga emas atau orang tua yang layak dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 pada tahun 2021.

Bahawasanya, bantuan ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) merupakan antara sebuah agensi di bawah Kemeterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

Mohon juga Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sekarang!

Bantuan Warga Emas

Kriteria Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat untuk memohon bantuan yang perlu dipenuhi oleh orang tua dan warga emas:

  • Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Mestilah berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isu Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Warga emas tidak menetap di institusi kendalian Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPWKM.

Tatacara Membuat Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Pertama sekali, layari laman web e-bantuan JKM.
  2. Klik pada ‘Daftar Permohonan’ bagi pengguna baru.
  3. Sila masukkan negeri, tempat tinggal serta No Kad Pengenalan.
  4. Setelah selesai perkara di atas, klik butang ‘Daftar’.
  5. Dalam masa 14 hari, sila ke pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link laman web JKM atau klik DISINI.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Soalan Lazim

1. Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon?

  • Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2. Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

  • Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

3. Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

  • Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

4. Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

  • Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Malaysia yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Sumber

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *