Jom Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Untuk Ibu Bapa Anda

Jom Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Untuk Ibu Bapa Anda

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
    2. Warga emas yang berumur 60 dan ke atas.
    3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
    4. Warga emas yang bukan tinggal di:
      • Institusi kendalian JKM; atau
      • Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
    5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Permohonan

    1. Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di mana pemohon tinggal.
    2. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau e-mel.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

    • Salinan kad pengenalan pemohon.
    • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
    • Salinan penyata gaji (jika ada).
    • Gambar berukuran passport.
    • Dokumen sokongan lain (jika ada).

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM Di Bawah:

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini tentang Bantuan Orang Tua / Warga Emas (BoT) atau bantuan-bantuan lain, sila layari laman web JKM di http://www.jkm.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    • Telefon : 03 – 8000 8000
    • Faks : 03 – 8323 2045

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress