Bantuan Warga Emas atau Bantuan Orang Tua (BOT) merupakan inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) bagi membantu warga emas yang memerlukan. Ia telah diperkenalkan dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan menyatakan peningkatan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Warga Emas daripada RM350 kepada RM500.
Bantuan Warga Emas 2022
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat.
Berapakah Jumlah Kadar Bantuan?
Kadar bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ialah RM500 sebulan.
Apakah Syarat Kelayakan?
Berikut adalah syarat kelayakan khusus untuk bantuan ini:
-
- Rakyat yang tinggal di Malaysia.
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas sahaja.
- Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).
- Tidak tinggal di institut yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat jagaan harian.
- Atau mana-mana kes yang perlu dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM).
Cara Permohonan
Bagi permohonan bantuan kewangan sebanyak RM500 ini, pemohon perlu buat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.
Klik disini untuk panduan permohonan Bantuan Warga Emas:
-
- Sila muat turun, cetak dan isi borang JKM di bahagian berikut:
- Sila bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon, pasangan / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Sila bawa juga salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) dan dokumen lain yang berkaitan.
- Datang ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di kawasan anda.
Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik pada pautan berikut: Klik Sini
Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Wilayah: Klik Sini
Semakan Permohonan Bantuan Warga Emas
Anda boleh menyemak permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi JKM di talian yang tertera:
-
- Telefon: 03-8000 8000