Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Bantuan Warga Emas atau BWE ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.

bantuan warag emas

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

OnViral akan kongsikan kepada pembaca mengenai info lengkap dan panduan permohonan inisiatif ini.

Kadar Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ini ialah adalah sebanyak RM500 sebulan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan khusus bantuan ini:

    1. Warganegara yang tinggal di Malaysia.
    2. Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja.
    3. Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).
    4. Tidak tinggal di institut kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat jagaan harian.
    5. Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM).

Cara Mohon

Bagi permohonan bantuan kewangan RM500 ini perlu dibuat di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

  1. Sila muat turun, cetak sert isi borang JKM di pauatn berikut:
  2. Sila bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon, suami/ isteri / ibu /bapa / anak yang tinggal bersama.
  3. Bawa juga salinan sijl kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
  4. Hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di kawasan berdekatan anda.

Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik pada pautan berikut: klik DISINI

Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah: klik DISINI

Mohon Juga: Bantuan Bakul Makanan Bagi Setiap Negeri

Semakan Bantuan Warga Emas

Anda boleh membuat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi JKM di talian tertera:

Telefon: 03-8000 8000

Soalan Lazim

1. Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?

    • Mereka yang layak akan menerima RM500 bulan.

2. Apakah syarat kelayakan?

    • Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK.

3. Bagaimanakah cara permohonan?

    • Sila muat turun dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan.

Sumber

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *