Bantuan Zakat MAIWP 3.0: Cara Mohon RM500 Untuk B40

Bagi golongan B40 yang menetap di Wilayah Persekutuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, anda boleh memohon bantuan melalui Bantuan Zakat Kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 3.0.

Apa Itu Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP?

Untuk makluman, bantuan khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Kepada anda yang gagal BPR, anda boleh membuat rayuan BPR bermula 15 Jun 2021.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara untuk memohon bantuan zakat RM500 B40 ini.

Kadar Bantuan Zakat MAIWP

Pemohon daripada golongan B40 yang layak akan menerima bantuan kecemasan one-off sebanyak RM500 daripada pihak MAIWP.

Antara Bantuan Kerajaan 2021 yang boleh dimohon:

  • Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
  • Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan
  • Permohonan RM250 Buat Suri Rumah
  • GKP 3.0 Tambahan RM1,500

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan kecemasan ini telah pun mula dibuka secara online mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

Sasaran Utama Bantuan

  • Pemandu teksi / e-hailing.
  • Pengawal keselamatan.
  • Peniaga-peniaga kecil.
  • Hilang pekerjaan akibat COVID-19.
  • Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang berhasrat untuk memohon bantuan zakat kecemasan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
  • Pemohon mestilah menetap di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Pemohon tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitumal MAIWP.
  • Pemohon adalah bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0.

Tatacara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah permohonan yang dikongsikan berikut:

  1. Layari portal MAIWP https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/
  2. Klik pada bahagian ‘Sila semak dalam senarai penerima dan masukkan nombor kad pengenalan serta klik pada butang ‘Semak’.
  3. Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh lakukan permohonan baharu.
  4. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baharu’, sila isikan maklumat  yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.
  7. Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Kemudian, klik bahagian ‘Hantar Permohonan Bantuan’.
  9. Akhir sekali, klik butang ‘Hantar Permohonan’.

Bantuan Zakat MAIWP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan zakat kecemasan ini, sila hubungi talian:
  • Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012-512 7614 / 019-200 7623
  • Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Labuan: 013-581 6066

Sumber: Facebook MAIWP

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress