Baru je rakyat terima bantuan BKC. Sekali Tengku Zafrul dedah ada satu lagi bantuan yang rakyat akan terima.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sejak tahun 2021. Bantuan ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang. Manakala, bayaran dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi fasa 1, bayaran telahpun dilakukan pada 24 Februari lalu dan fasa ke-2 telahpun dilaksanakan pada 7 Mei 2021.

Untuk makluman pembaca, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan atau kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagu memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan yang dikehendaki.

Untuk semakan kelayakan, sila layari https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Baki Bayaran BPR Fasa 3

jumlah bayaran bpr fasa 3

 

 

Jadual di bawah ini pula, adalah untuk Permohonan Baru BPR 2021 atau yang tak dapat fasa 1:

BPR-FASA-3-2021

 

Isi Rumah

Merupakan pasangan yang telah berkahwin atau terdiri dari ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang mempunyai anak atau yang belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan U.paya (0KU) yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

Merupakan individu bujang atau ibu atau bapa tunggal atau b.alu atau janda atau duda yang tiada anak. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan bagi individu kategori 0KU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kategori Isi Rumah BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah). Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR atau MyKAS.

Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid). Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.

Kategori Bujang BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU.

Jumlah Bayaran Kategori Isi Rumah

    • RM500 untuk isi rumah < RM2,500 (Kurang dari 1 anak)
    • RM1,100 untuk isi rumah < RM2,500 (2 anak ke atas)
    • RM200 untuk isi rumah > RM2,501 – RM4,000 (Kurang dari 1 anak)
    • RM600 untuk isi rumah > RM2,501 – RM4,000 (2 anak ke atas)
    • RM100 untuk isi rumah > RM4,001 – RM5,000 (Kurang dari 1 anak)
    • RM200 untuk isi rumah > RM4,001 – RM5,000 (2 anak ke atas)

Jumlah Bayaran Kategori Bujang

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam fasa 1 dan fasa 2.

bpr fasa 3

Kaedah bayaran BPR 2021

Berjaya kredit ke akaun bank, pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pmohon atau pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR  2021 secara berperingkat. Tunai di kaunter BSN, pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021 atau Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

Semakan Status Kelayakan BPR 2021

Rayuan BPR dibuka Selasa ini – PN BBC PORTAL

Untuk menyemak status kelayakan BPR fasa 3 anda, sila semak dilaman web rasmi bpr. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, BPR fasa 3 iaitu merupakan pembayaran fasa terakhir berjumlah RM 2.32 b.ilion akan mula diagihkan pada akhir bulan ini. Bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan kelak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Soalan Lazim

1. Berapakah jumlah bayaran untuk BPR Fasa 3?
Anda boleh rujuk jumlah yang dinyakan dalam gambar 1. Pembayaran adalah mengikut kategori .

2. Adakah pembayaran BPR termasuk untuk golongan bujang?
Tidak termasuk kerana pembayaran BPR untuk golongan bujang sudah dilakukan semasa BPR Fasa 1 dan Fasa 2.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress