Usahawan sensasi Iqbal terjun ke bidang lakonan setelah percubaannya dalam Big Stage kecundang pada minggu kedua yang lalu.Perjalanan Iqbal untuk cuba menjadi anak seni tidak terhenti disitu selepas ditawarkan untuk berlakon drama Perempuan Itu arahan Erma Fatima.
Terdahulu, selepas tersingkir dari Pentas Big Stage Iqbal Zulkefli yang mendapat perhatian media berjaya mendapat dan menempatkan dirinya sebagai pelakon pembantu selepas berjaya dalam sesi ujibakat yang diadakan oleh pihak produksi.
Dicampak ke sana, ditendang ke sini,Iqbal boleh diibaratkan seperti benih yang campak ke laut jadi pulau,dicampak ke gunung jadi batu tapi haruslah di padang yang betul dan mendapat bimbingan dari orang yang tepat.
Berkongsi pengalaman hari pertama memulakan pengambaran drama Perempuan Itu di laman Instagramnya, Iqbal selesa dan teruja dikelilingi dengan persekitaran yang positif dan membantu.
View this post on Instagram
Dengan bantuan pelakon hero utama Zul Ariffin yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya sebagai orang baru dalam dunia lakonan.
baca ; ‘Saya Terpaksa Jujur’,Tak Sangka Ini Luahan Dato Vida Pada Iqbal Secara Live
baca ; ‘Jadi Kecaman & Bahan Lawak’,Ajai Keterlaluan Komen,Iqbal Zulkefli Minta Kata Semangat
baca ; Semakin Laku, Iqbal Dapat Tawaran Berlakon Dengan Zul Ariffin & Mimi Lana
baca ; Tawar Iqbal Zulkefli Berlakon, Erma Fatima Tak Hirau Kecaman
Selain itu, Iqbal mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan pengarah drama Erma Fatima atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya .Ujarnya di kapsyen insta post berkenaan.
Tambahnya lagi , jika berkelapangan, dia akan pergi kursus lakonan bersama pelakon hebat Fauziah Ahmad Daud atau dikenali Kak Ogy secara personal.
Semangat baik ini disambut oleh para komentar dengan memberikan dorongan dan kata-kata positif kepada Iqbal dan ada yang menyatakan Iqbal tidak mempunyai bakat dalam nyanyian tetapi boleh berlakon.
Untuk info,drama Perempuan Itu bakala ditayangkan 4 April 2022 sebanyak 30 episod di stesen tv3.-onviral