Langkah Melakukan Penebusan Baucar Pelancongan Sebanyak RM100
Tahukah anda bahawa terdapat Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang telah diwujudkan dimana ianya boleh dituntut dan digunakan ketika berkunjung ke Selangor?
Oleh kerana baucar ini sudah dibenarkan di seluruh negeri, sila tuntut baucar ini sebelum kehabisan. Nanti bolehlah anda gunakannya sambil berjalan-jalan di negeri Selangor.
Sebanyak lebih daripada 170 pakej pelancongan yang menarik telah disediakan untuk anda daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor.
Untuk mengetahui tentang baucar ini, sila baca artikel sehingga selesai. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui maklumat lain tentang bantuan kerajaan, permohonan dan juga berita semasa.
Terma Dan Syarat Baucar Pelancongan Selangor
Perlu diingat bahawa tawaran ini adalah hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:
-
- Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
- Hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
- Hanya satu transaksi bagi setiap pengguna.
- Ianya terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sahaja sepanjang kempen.
- Cara pembayaran dilakukan di ‘ShopeePay’ sahaja.
- Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain ataupun wang tunai (cash).
- Jangka masa dan tempoh kempen terhenti jika baucar sudah habis.
- Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
Tempoh Sah Baucar Pelancongan Selangor
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, sila buat tuntutan baucar Shopee RM100 ini sehingga Disember 2021. Baucar ini sah sehingga Jun 2022!
Langkah Melakukan Tuntutan dan Cara Menggunakan Baucar
Baucar boleh dituntut melalui platform e-dagang Shopee KLIK DISINI
Sekiranya anda ingin menggunakan baucar ini untuk membayar Pakej Perjalanan yang disenaraikan di laman web, sila gunakan ShopeePay dalam aplikasi Shopee.
Anda perlu ingat bahawa baucar ini hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk satu transaksi. Baucar ini juga tidak layak untuk promosi Shopee yang lain.
Sila pastikan Pakej Pelancongan yang anda pilih adalah termasuk dalam Pakej Kita Selangor 2.0 supaya baucar ini berjaya ditebus. Anda boleh rujuk soalan lazim berkaitan baucar ini seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Selangor travel di bawah Pelancongan negeri Selangor dengan menekan pada pautan.