Baucar Perlindungan Tenang B40 Semak Status & Penebusan RM75

Apakah itu PTV?

  • Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV) merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah
  • Melalui program ini, baucar diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen

NOTA: Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Bajet 2022.

Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Tambahan pula 1 Januari 2022, baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif untuk motosikal dengan sesaran 150cc atau kurang.

“Dengan perluasan skop perlindungan ini, golongan B40 terutama yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan mendapat manfaat daripadanya,” kata Menteri Kewangan itu di Dewan Rakyat ketika membentangkan Bajet 2022.

Disamping itu, kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:

Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi inisiatif ini :

  1. Layak untuk penerima BPR sahaja
  2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.⠀

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

  • SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
  • SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my

Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari laman web tersebut atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress